20 Jan 2017

Majlis Jalinan Kasih 2017

20 Januari 2017, sekolah menganjurkan Majlis Jalinan Kasih Seiring Langkah Memburu Impian bagi murid murid tahun 6. Seperti kebiasaannya, program ini mensasarkan penglibatan ibu bapa tahun 6 dalam merangka pelan kecemerlangan anak anak mereka menjelang peperiksaan UPSR pada september ini. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar dan disokong penuh dari barisan Jawatankuasa PIBG SK PAYA DALAM.


Alhamdulilah, penglibatan dari ibu bapa amat menggalakkan, mereka bersama dalam memberi pandangan dan menerima cadangan Program kecemerlangan sekolah.

Melalui perjumpaan ini, perkara perkara yang berjaya dipersetujui adalah :

1. Program motivasi

2. Kelas tambahan selepas waktu sekolah

3. Ceramah teknik menjawab UPSR dari guru pakar.

4. Majlis soalan hajat dan bacaan yassin.





Kehadiran Ibu Bapa

Kata Aluan Dari Guru Besar

Sokongan Ibu Bapa Kepada Sekolah Amat Dihargai

Barisan Pentadbir Sekolah Yang Gigih Berusaha Dalam Meningkatkan Kecemerlangan SKPD

Ucapan Aluan Guru Besar Amat Bermakna Kepada Ibu Bapa

Pembentangan Program UPSR daripada Cikgu Zulcafli
Persetujuan Ibu Bapa Dalam Program Yang Dirancang Sekolah
Majlis Tanda Tangan Perjanjian Kecemerlangan

Persediaan Bacaan Ikrar Kecemerlangan UPSR

Bacaan Ikrar Yang Diketuai Oleh Adik Syed.

Sokongan Moral Daripada Ibu Bapa

Semoga Berjaya Kalian Hendaknya

Restu Ibu Membawa Ke Syurga.

Majlis tamat pada pukul 11 Pagi dengan diiringi doa kepada calon calon UPSR semoga mereka mencatatkan kecemerlangan yang membanggakan ibu bapa dan sekolah. Moga Allah memberkati usaha kita bersama. Insyaallah | Amin.

17 Aug 2016

Majlis Restu Dan Ceramah Motivasi Ke ibu-bapaan

Pada 12 Ogos 2016, Unit Kecemerlangan Tahun 6 telah menjalankan aktiviti Majlis Restu dan Ceramah Motivasi Ke ibu-bapaan yang mana ceramah disampaikan oleh Encik Rohizal Kasim dari In Person Training and Consultancy. Sasaran program ini adalah dengan harapan mengasah kepekaan ibu bapa dalam perkembangan pembelajaran anak anak mereka menjelang peperiksaan UPSR yang semakin hampir sekitar 2-3 minggu lagi. Ceramah yang mengambil masa sekitar sejam setengah ini dilihat meninggalkan impak yang positif apabila kehadiran daripada ibu bapa adalah hampir 95% serta penglibatan mereka 100% sepanjang proses ceramah ini.

Kandungan ceramah yang menyentuh hubungan kasih sayang ibu bapa dan anak serta kepentingan ransangan positif kepada pembinaan jiwa serta sahsiah anak anak menampakkan minat kepada peserta untuk bersama sama dalam membentuk generasi bangsa yang lebih murni. Antara tumpuan lain dalam program ini adalah penitian kepada hasil dapatan Percubaan UPSR tempoh hari dan menandatangani slip peperiksaan. Alhamdulillah syukur kepada Allah, program ini menampakkan kesungguhan para ibu bapa dalam hal ehwal anak-anak mereka di sekolah.

Dipenghujung program, Guru Penolong Kanan HEM menerangkan tentang penepatan tingkatan 1 kepada hadirin. Melalui slot ini, penekanan kepada sekolah penempatan sementara dan pengisian borang borang sekolah asrama penuh dan MRSM dijelaskan secara terperinci. Diharap, proses penempatan murid bagi tahun ini adalah lancar dengan kerjasama yang bagus daripada ibu bapa.



















video

17 May 2016

Program Anti Dadah "Dadah Memusnahkan"

Program yang dijayakan bersama pegawai AADK ini dirancang bersama Unit HEM sekolah kebangsaan Paya Dalam yang mana objektifnya adalah mewujudkan kesedaran terhadap bahaya dadah dikalangan murid murid sekolah. Antara dadah yang diberi perhatian dalam ceramah ini adalah seperti Ganja, Heroien, Shabu dan Pil Khayal. Beberapa tayangan video juga dipaparkan kepada murid sebagai bahan ransangan minda tentang bahaya dadah kepada kesihatan dan pengurusan diri. Semoga wujud kesedaran ini terhadap murid murid agar menghindarkan diri daripada ketagihan dadah.








27 Apr 2016

Program Jelajah Blik

Jutaan terima kasih kepada kumpulan PTS Media Group kerana sudi hadir dan memeriahkan suasana pembelajaran anak anak kami di Paya Dalam. Kehadiran PTS bersama maskod Robita adalah bertujuan untuk mempromosi program Tunas Cilik, iaitu program yang dikhususkan untuk menggalakkan kehadiran penulis muda bagi menghasilkan buku dan novel. Disamping itu, Robita turut menghiburkan murid-murid dengan gelagat kelakarnya.


Di akhir majlis, jualan buku buku terbitan PTS diadakan untuk menyemai tabiaat membaca dikalangan murid-murid.







26 Mar 2016

Mesyuarat PIBG Kali ke 44

Syukur alhamdulillah, pada 26 Mac 2016 telah berjaya dilaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 di Dewan SK Paya Dalam yang telah dirasmikan oleh Dr. Rahmat Bin Md. Smail, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Tahun ini merupakan lantikan jawatankuasa baru PIBG bagi penggal 2016-2018. AJK guru yang telah dilantik adalah seperti berikut :

1. Setiausaha : Cik Nurul Aina

2. N. Setiausaha : Puan Irda Marlina

3. Bendahari : Anas Azis

4. AJK : Norhamidah, Norzana, Nor Azizah dan Kamal Bahrin.


Disamping itu juga beberapa orang murid yang telah mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2015 telah diberi penghargaan dalam mesyuarat ini iaitu :


Ahmad Danish, Huda Naim, Nurul Mukhasyafah, Farah Hanisya, Afiya Adzahar, Mariah Mardhati, Nur Alia Syafiqah, Siti Nur Haziqah dan Nursyamimi. Beserta 2 tokoh Ko-Ku Mohd Hamka dan Mohd Danial.