21 Apr 2012

Kita Juara!

Sekalung Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun SK. Paya Dalam, Melaka, diatas kejayaan melakar kejayaan sebagai JUARA Bola sepak Kawasan Ayer Keroh Bawah 12 2012. Jutaan terima kasih dan tahniah juga kepada Jurulatih Pasukan, En Saleh bin Nordin (Jurulatih Kido Kickers dan Bekas Pemain Melaka), Cikgu Halim selaku Jurulatih II dan Pengurus pasukan sekolah, Cikgu Kamal di atas semua keringat kalian yang membuahkan hasil. Tidak dilupakan juga kepada ahli komuniti Paya Dalam yang banyak menyokong perlawanan ini.

Berikut adalah sejarah perlawanan SKPD yang tidak pernah KALAH dari peringkat kumpulan hingga ke FINAL!



  1. 1-0 (Mengalahkan Sek. Arab Pernu)
  2. 5-0 (Mengalahkan SK. Padang Temu)
  3. 5-1 (Mengalahkan SK. Ujung Pasir)
  4. 4-1 (Mengalahkan SK Tun Razak)
  5. 4-1 (Mengalahkah Sek. Arab Tun Razak)
  6. 4-1 (Mengalahkan Bukit Lintang)
  7. 2-1 (Mengalahkan SK. Datuk Demang Husien) : Penyandang Juara 2011
Jumlah jaringan SKPD sebanyak 25 biji berbanding 5 bolos. Penjaring terbanyak pula adalah adik Fitri bin Roslan yang berjaya menyumbat sebanyak 8 gol dan diikuti oleh adik Faiz Zalian dengan 7 Gol. TAHNIAH semua.

Berikut adalah rakaman dari hasil perlawanan akhir menentang SK Datuk Demang Husien yang berkesudahan 2-1

 SK Paya Dalam BOLEH!!
 Penyerang SK Datuk Demang Husien pun LIAT da...
 Antara Hero pertahanan SKPD.
 Jersi 16 yang handal sepak bola, macam x percaya tapi mmg dia hebat.
 Disaat-saat akhir cuba mempertahankan bentang SKPD dari asakan.
 Terima kasih En. Saleh Nordin :)
 Bersama guru Bola Sepak SKPD dan Pasukan sekolah, KAMI JUARA!
 Komuniti Paya Dalam yang bersama-sama memberi sokongan moral di luar padang.
Guru yang berjasa besar kepada SKPD.

Semoga kita mampu mengekalkan kejuaraan ini. Insyaallah.

7 comments:

  1. Kawe ucap terima kasih pada kau E one kerana binakan blog nie. Semoga usaha anda mendapat rahmat daripada yang Esa..Tahniah kepada pasukan bola sepak sekolah kerana menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Kawasan Ayer Keroh, 2012. Daripada Pengurus Pasukan Bola Sepak SKPD..

    ReplyDelete
  2. Tak lupa juga jasa dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan oleh coach Salleh yang telah banyak membantu pasukan bola sepak SKPD. Jasa anda takkan kami lupakan. Jasa mu dikenang, budimu dijulang. Harap kerjasama tuan berterusan dan tidak putus bersama SKPD. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup tuan dan keluarga. Amin. Kawe_73

    ReplyDelete
  3. Tak lupa juga jasa dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan oleh coach Salleh yang telah banyak membantu pasukan bola sepak SKPD. Jasa anda takkan kami lupakan. Jasa mu dikenang, budimu dijulang. Harap kerjasama tuan berterusan dan tidak putus bersama SKPD. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup tuan dan keluarga. Amin. Kawe_73

    ReplyDelete
  4. Urh, tentang blog ni perkara kecil je, team work kan. Tapi yang pasti, kejayaan ni datang dengan hasil usaha bersama. Tahniah pada Coach Salleh!Cikgu Halim dan Cikgu Kamal juga. :) -Iswan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. IsOne, kawe nak tegur skit kat displin tu, ada nama sek lama.. hai, masih teringatkan tempat lama ke.. maklum le tempat jatuh lagi dikenang.

      Delete
    2. Uish..alamak..pecah tembelang copy paste..huhuh..maaf,saya betulkan sekarang juga

      Delete
  5. Tak lupa juga kepada ibu bapa dan semua pihak yang turut sama secara langsung atau tidak langsung dalam perjuangan PD'z menggapai kejayaan. Kepada yang berkemampuan tu kalau nak taja skuad PD'z dipersilakan.. kecil tapak tangan, SKPD kami tadahkan..hi,hi..kawe_73

    ReplyDelete