20 Apr 2012

Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun

Syukur alhamdulillah, atas sokongan semua pihak, Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun SKPD berjaya melangkah ke Peringkat Separuh Akhir pada 20 April 2012. Perlawanan yang mengambil masa 60 minit berjaya menundukkan Pasukan Sek Rendah Arab (JAIM) Kampung Tun Razak dengan jaringan 4-1 di Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang.




 Kapten Pasukan yang Cemerlang.
 Penjaga Gol SKPD yang cemerlang, berjaya menyelamatkan asakan lawan.
 Asakan daripada pihak lawan dipatahkan oleh pertahanan SKPD
Penyerang SKPD mengasak untuk menjaringkan gol yang ke-5, namun gagal.
Guru pasukan Bola SKPD yang berjasa.

Semoga, perlawanan pada 21 April 2012 menentang SK Bukit Lintang membuahkan hasil bagi meneruskan perjuangan pasukan sekolah SKPD ke peringkat akhir. Perlawanan akan diadakan di Padang Sekolah Rendah Pernu pada pukul 8.30 Pagi esok. Selamat Maju Jaya

No comments:

Post a Comment