28 Apr 2012

Perubahan Kandungan

Matapelajaran  : Sains
Tahun              : 4
Perubahan       : Bilangan Planet Dalam Sistem Suria.

Merujuk kepada perubahan bilangan planet yang dilakukan oleh sainstis dunia pada 2006, kini bilangan planet dalam sistem suria adalah 8 berbanding terdahulu 9. Planet yang dikeluarkan dari senarai planet ialah Pluto yang kini dikenali sebagai Planet Kerdil.

Namun, berdasarkan kepada konsep kepatuhan kepada sukatan pelajaran, murid-murid program PPSMI perlu menggunakan fakta yang terdahulu iaitu :
"Bilangan Planet didalam Sistem Suria ialah 9"
ini selepas mengambil kira maklumat yang jelas di dalam buku teks seluruh negara termasuk murid-murid di pendalaman. Mereka akan menggunakan fakta terkini melalui buku teks Sains Sekolah Menengah kelak.

Akan tetapi, murid-murid yang berada ditahun 4 (2012) di bawah program MBMMBI telah menggunakan buku teks yang telah diperbaharui serta dilengkapi dengan maklumat yang terkini. Oleh yang demikian, murid-murid tersebut diajar :
"Bilangan Planet didalam Sistem Suria ialah 8"

Perubahan ini tidak menjadi isu jika kita mengambil kira faktor murid luar bandar dan pendalaman yang hanya bergantung maklumat dari buku teks semata dan tidak mampu menyerap perubahan pendidikan yang drastik berbanding murid dibandar yang banyak terdedah kepada kepantasan sumber maklumat.

Kesimpulannya, jika terdapat item yang menyoal tentang bilangan planet di dalam sistem Suria, maka murid-murid program PPSMI akan menjawab 9 berbanding murid-murid di bawah program MBMMBI iaitu 8 buah planet.

"Pendidikan Itu Dinamik"

No comments:

Post a Comment