26 Apr 2012

Sains UPSR

Kertas 018 (Sains UPSR) terbahagi kepada dua bahagian dimana Bahagian A mengandungi 30 soalan objektif dan Bahagian B terdiri daripada 20 soalan subjektif.




Pembinaan Item (soalan) Bahagian A adalah berdasarkan 10 Kriteria yang ditetapkan melalui Jadual Spesifikasi Item (JSI), manakala item-item daripada Bahagian B disusun berdasarkan 15 Kriteria item melalui cara yang sama.

Dari aspek pemarkahan, peratusan dikira berdasarkan jumlah markah yang dicampurkan daripada Bahagian A dan Bahagian B.

10 Kriteria soalan Objektif Sains UPSR ialah :
  1. Fakta
  2. Istilah
  3. Kaedah
  4. Urutan
  5. Pengelasan
  6. Prinsip
  7. Penterjemahan
  8. Pentafsiran
  9. Ekstrapolasi
  10. Aplikasi
Manakala 15 Kriteria soalan Subjektif Sains UPSR ialah :
  1. Menyatakan alasan berdasarkan pemerhatian
  2. Menyatakan alasan lain berdasarkan pemerhatian
  3. Menyatakan pemerhatian lain berdasarkan alasan
  4. Menyatakan jangkaan berdasarkan data ataupun maklumat terdahulu
  5. Menyatakan jangkaan berdasarkan data yang dianggar
  6. Menyatakan maksud data ataupun maklumat yang dikumpul
  7. Menyatakan pola maklumat yang dikumpul
  8. Menyatakan hubungan antara pembolehubah
  9. Membina kesimpulan daripada maklumat yang dikumpul
  10. Menyatakan pembolehubah yang terlibat dalam ujikaji
  11. Menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi
  12. Menyakan pembolehubah bergerakbalas
  13. Menyatakan pembolehubah dimalarkan
  14. Mencadangkan penjelasan bagi hubungan diantara pembolehubah
  15. Memberi penjelasan berdasarkan prinsip sains atau pengetahuan terdahulu

Adalah penting bagi murid-murid memahirkan diri mereka dengan jenis-jenis soalan seperti yang dinyatakan di atas, agar mampu memberi prestasi yang baik di dalam peperiksaan UPSR.

Insyaallah.

2 comments:

  1. WAHHHHHHHHHH........... banyak tu...

    ReplyDelete