4 May 2012

Bahaya Penagihan Dadah.

Assalamualikum Warga SKPD...

Apabila kita membincangkan Dadah, sememangnya tidak dapat lari dalam memperkatakan masalah ketagihan bahan terlarang ini didalam masyarakat kita. Sedia maklum, bahawa Dadah adalah bahan terkawal, ia sememangnya digunakan dalam bidang perubatan bagi tujuan tertentu, namun sering disalahguna oleh beberapa pihak atas beberapa sebab seperti : 



1. Kerana ingin tahu .


2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba .


3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai bahaya akibat dari penggunaan dadah .


4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan .


5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .


6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan


7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan .


8. Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) .


9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :


               a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan.


               b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi .

 

Namun, alasan-alasan yang dinyatakan seperti di atas bukanlah sesuatu yang sesuai digunakan bagi merosakkan diri dan menjadi hamba dadah. Murid-murid perlu sedar bahawa banyak pilihan lain dalam mengatasi sebarang masalah selain dari menggunakan dadah sebagai jalan keluar. Dekatkan diri anda dengan keluarga serta berkongsi sebarang masalah dan tekanan dengan ahli keluarga agar saling bantu membantu dalam mencari jalan penyelesaian.


Rata-rata penagih dadah terjebak apabila mereka terpengaruh dengan ajakan dan pujukan rakan untuk menggunakan bahan terlarang ini. Oleh itu, murid-murid SKPD perlu bijak memilih rakan-rakan anda sepanjang masa, agar dapat menghindarkan diri daripada pengaruh rakan yang menjurus kepada perkara yang tidak sihat.

Mari kita mengenali beberapa jenis dadah yang sering digunakan dalam masyarakat hari ini, sebagai panduan kita untuk menghindarkan diri kelak :


Heroin                  heroin.jpg  


Definasi  


Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.


Jenis/Bentuk


Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar


Nama Lain 


Big H , Dope , Smack , TNT


Cara Penggunaan


Menguntik , Menghidu


Ciri-ciri penagih


Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul


Morfin        morfin1.jpg             

Definasi

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ’999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas


Candu                     candu1.jpg       

Definasi


Dihasilkan daripada buah popi muda .


Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .


Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .


Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .


Jenis /Bentuk


Candu mentah , candu masak , tahi candu


Nama lain


Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar


Cara penggunaan


Menyuntik , menelan


Ciri-ciri penagih


Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

 

 

Ganja         ganja.jpg              

Definasi


Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .


Jenis/Bentuk


Seperti daun kering dan dimampat


Nama lain


Grass , pot , Marijuana , weed


Cara penggunaan


menghisap


Ciri-ciri penagih


Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul



Syabu        syabu.jpg     

Definasi


Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .


Jenis/Bentuk


Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas


Nama lain


Ice


Cara penggunaan


Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu


Ciri-ciri penagih


Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan


Ecstacy/MDMA    ecstacy.jpg 

Definasi


Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .


Jenis/Bentuk


Pil dengan pelbagai warna dan simbol


Nama lain


Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA


Cara penggunaan


Menelan , campur dan minuman


Ciri-ciri penagih


Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur.

 

Mari pula kita lihat statistik penagih yang direkodkan oleh PEMADAM, iaitu sebuah Badan Sukarela yang bertanggungjawab membantu dalam proses pencegahan penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang awam mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam membasmi DADAH. 



Gambar di bawah pula menunjukkan nasib hidup penagih CANDU, sejenis dadah yang digunakan secara meluas pada satu masa dahulu. Sudah tentu daripada pemerhatian kita, sewajibnya perkara ini hendaklah dijauhkan agar dapat menjamin kehidupan yang lebih bermakna dan berkualiti dimasa hadapan.


Kesimpulannya, DADAH hanya menghancurkan hidup, tiada sebarang keuntungan dalam penyalahgunaan bahan ini. Kerajaan Malaysia telah mengishtiharkan bahawa DADAH ini adalah MUSUH negara. Diharap warga SKPD mendapat manafaat daripada paparan ini. Sama-sama kita jauhi NAJIS DADAH.

Sumber :
  • http://www.pemadam.org.my
  • skim-lencana-anti-dadah-ppc.blogs.smjk.edu.my

No comments:

Post a Comment