5 May 2012

Bahaya Rokok.

Assalamualaikum Warga SKPD...

“Di Malaysia terdapat kira-kira lima juta perokok dan 0.7 peratus daripadanya adalah gadis berusia 13 hingga 18 tahun dan dianggarkan lebih 50% lelaki dewasa merokok .
“Kira-kira 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan merokok seperti kanser, penyakit jantung, strok dan penyakit pernafasan,”
 S. M. Mohamed berkata, CAP

Pada hari ini, mari kita sama-sama menyingkap kenapa rokok itu merbahaya...gambar di bawah ini menunjukkan beberapa bahan kimia yang dikenalpasti terkandung di dalam sebatang rokok (baru sebatang yer...kalau berbatang-batang..maka jumlahnya berganda-ganda :)


Makanya, saya ingin menasihati murid-murid SKPD agar menanam janji untuk menghindarkan diri kalian daripada rokok kerana tiada sebarang keuntungan dan kebaikan yang dapat diperolehi daripada perbuatan ini. Malah, perlu anda ingat untuk menghindari dari menghidu hembusan asap rokok kerana ia 4x ganda berisiko membawa kepada penyakit jika dibandingkan dengan si penghisapnya.

Di zaman moden ini, tabiat merokok bukan hanya terdedah kepada remaja Lelaki, tetapi semakin ramai remaja Perempuan melakukan perkara yang sama. Diharap, warga SKPD yang semakin meningkat remaja, bijak menyusun langkah agar tidak terjebak menjadi seorang perokok. Sayangilah Paru-paru dan kebersihan gigi anda. :)

Disini saya paparkan penyakit yang dihidapi oleh kebanyakkan perokok selain daripada NAFAS BERBAU DAN GIGI KUNING!!!

Dari aspek agama, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Hukum Merokok adalah HARAM


Kesimpulannya : Hindari dari merokok. Kerana selain ia dilarang dalam Islam, ianya juga membawa kepada kerosakan tubuh badan.

No comments:

Post a Comment