16 May 2012

Hari Guru 2012


Assalamualaikum Warga SKPD sekalian...

Kepada semua warga pendidik SK Paya Dalam, Melaka...Jasa kalian sebagai pendidik hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima Kasih kerana berjaya menjadi pendidik yang berjaya dari dulu hingga kini. Selaras dengan tema hari guru 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Trasformasi Pendidikan Negara.




Sambutan hari guru peringkat sekolah, tidak kurang meriahnya. Seawal 7.30 pagi, murid-murid telah mula berkumpul di dataran perhimpunan bagi memulakan majlis. Majlis dikendalikan oleh Cikgu Razak sebagai pengacara majlis. Pengisian perhimpunan dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang banyak memfokuskan kepada penghargaan terhadap warga pendidik SKPD yang banyak berkorban dalam membentuk kemajuan akademik dan sahsiah anak-anak kampung Paya dalam. Cabaran guru dalam melahirkan murid yang berilmu dan berakhlak turut disebut oleh Tuan YDP sebagai satu bentuk pengorbanan yang tidak mampu dibalas oleh anak-anak mahupun ibubapa.

Ucapan YDP itu disusuli dengan ucapan daripada Guru Besar SKPD yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SKPD yang sentiasa berganding bahu dalam mencapai matlamat sekolah. Tuan guru besar amat berbesar hati kerana memiliki tenaga pengajar yang sentiasa efisyen dan komitet kepada tugasan utama mahupun tugasan sampingan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Sebagai tanda terima kasih kepada warga pendidik SKPD, PIBG dengan murah hati telah menyumbangkan bingkisan hadiah kepada setiap orang pendidik dengan harapan mereka akan bertambah komitet kepada kerja dan tugasan dihari mendatang. Kelab Staff turut menyumbang cenderahati berupa payung kepada setiap guru tanda ikhlas atas sambutan hari guru pada hari ini.

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
ulang c/o 2x




6 comments:

  1. Guru-guru dan warga SKPD digalakkan untuk meninggalkan komen.

    Cara meninggalkan komen :

    1. Taip komentar dan nama anda
    2. Pilih "Comment as" : Anonymous
    3. Taip semula kod pengenalan yang diberi
    4. Selesai.

    Bersama-sama kita memeriahkan blog sekolah SKPD

    ReplyDelete
  2. hebat...mantap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh...hebatlah cikgu shariffudin...hahaha
      daripada nurin izzaty 5 melur

      Delete
    2. wahhh... hebatlah cikgu shariffudin...hahaha
      daripada nurin izzaty 5 melur

      Delete
    3. wah!sronoknyer.....rock,cikgu....nnti wat lgi,eh<...
      dari saye...nasuha,5 melur..dan saya bekas murid skpd...syafiqah...dulu 6 mawar...

      Delete
  3. wah!cikgu2 pompuan cantikye....pndai posing....

    ReplyDelete