3 May 2012

Kejayaan Sukan dan Akademik

Persepsi awam melihat bidang sukan sebagai bidang ke-2 selepas pendidikan akademik, walhal ia merupakan bidang yang tidak kurang pentingnya. Melalui sukan, murid-murid diasuh menjadi kreatif, mematuhi peraturan dan menggunakan masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Menyedari pembangunan bidang sukan di Malaysia mula dipandang rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia kini meletakkan pencapaian Ko-kurikulum sebagai syarat pemilihan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).



Sila rujuk profil dibawah ini :
 "Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita yang berasal dari Malaysia. Beliau adalah wanita Asia pertama yang menduduki tangga 1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010."

Sukan bukan suatu halangan kepada mana-mana murid SKPD untuk berjaya di dalam bidang akademik, malah ini telah dibuktikan oleh pemain skuasy ini semasa dibangku sekolah, beliau mencatat pencapaian yang sangat baik sebagai seorang murid. Beliau memperolehi 7A semasa menduduki peperiksaan PMR dan begitu juga bagi peperiksaan SPM. Dalam masa yang sama, beliau melakar kejayaan di dalam bidang sukan.

Oleh itu, kepada murid-murid SKPD, mulalah berjinak-jinak dengan sukan dan Ko-kurikulum agar, selain kalian terdedah kepada kemahiran ko-akademik, ia bakal memberi ruang kepada anda untuk di tempatkan di mana-mana SBP kelak. 

"Kepandaian Akademik sama penting dengan Kemahiran Sukan."







No comments:

Post a Comment