8 May 2012

Latihan Sains Kelas 4 Mawar

Arahan : Sila salin dan jawab semua soalan ini di dalam buku latihan sains anda. Sila gunakan buku teks bagi rujukan anda. Kepada ketua kelas, sila kutip buku latihan sebelum waktu balik hari rabu. Cikgu Iswan akan memeriksa penghantaran buku pada hari Khamis pagi.




Latihan 1.

1. Namakan dua alat pengukur panjang yang digunakan pada zaman purba.
    a. ________________________
    b. ________________________

2. Berikan dua objek yang boleh digunakan untuk mengukur panjang secara tidak piawai.
   a. _________________________
   b. _________________________

3. Namakan satu alat pengukur panjang yang boleh digunakan untuk mengukur lilit badan.
    ___________________________

4. Nyatakan unit-unit piawai bagi mengukur panjang.
    a. _________________________
    b. _________________________
    c. _________________________
    d. _________________________



Latihan 2.
Salin soalan dan bulatkan jawapan yang betul.

1. Antara berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk mengukur panjang pemadam?
     a. Jengkal.
     b. Hasta.
     c. Pita pengukur
     d. Pembaris

2. Antara ukuran berikut, yang manakah paling panjang?
     a. Hasta
     b. Kaki
     c. Depa
     d. Jengkal

3. Antara alat berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk mengukur lilit pinggang?
     a. Pembaris
     b. Benang dan pembaris
     c. Benang
     d. Pita pengukur dan pembaris.

4. Apakah unit yang sesuai digunakan untuk mengukur jarak antara Melaka dan Seremban?
     a. Milimeter
     b. Kilometer
     c. Sentimeter
     d. Meter

16 comments:

  1. muhammad hafs8 May 2012 at 20:17

    cikgu,banyaknye kerja.....bagi satu jwpn.....mlm ni saya g mkn kt luar.....please3...




    drpd:Hafs
    kpd :cikgu Iswan

    ReplyDelete
  2. saya hntr hari khamis.

    ReplyDelete
  3. Senangnya cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu senangnya soalan ni saya suka la..
      drpd : Muhammad Hanis bin Khalid

      Delete
    2. muhd hanis gila

      Delete
  4. Cikgu bagus cikgu bagilah kerja sekolah banyak-banyak.

    Daripada:FATIN NOOR UMAIRAH BINTI MAMAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye fatin..nak kasik korang SUPER GAJIN dan SUPER PANDAI

      -Cikgu Iswan Maya Karin-

      Delete
  5. Uish kanak-kanak sekelian..jgn lupa letak nama..sy nak rekod sapa x komen n x buka blog sekolah..senang sy gigit hidung mereka sampai merah :).

    Kepada en. Half Full, nak makan banyak x per, tp jgn lupa buat kerja rumah.

    Pada yang lain, siap kan kerja seperti arahan..klu x, mmg kena pegang telinga dlm kelas esok...wahahah (ketawa jahat cam gegirl)

    -Cikgu Iswan-

    ReplyDelete
  6. Cikgu apasal banyak sangat kerja sekolah.

    Daripada : SITI FAZWANIS BINTI MANAF

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kasik korang SUPER PANDAI...esok saya x ada..maka guna masa tu tuk buat kerja

      -Cikgu Iswan-

      Delete
  7. cikgu bagi lima pun cukuplah

    ReplyDelete
  8. bagi lima soalan je cikgu Daripada;Fahmi

    ReplyDelete
  9. nk ckp aku pun nk ckp .Drpd;wazien

    ReplyDelete
  10. cikgu, xde banyak lagi ke?
    drpd: safarina bt norhamidi

    ReplyDelete
  11. kau ckp senang tpi xsiap. drpd afham

    ReplyDelete
  12. esok bising la. afham

    ReplyDelete