12 May 2012

Latihan Dalam Perkhidmatan 3


Assalamualaikum Warga SKPD yang disayangi.

Hari ini, 11 Mei 2011 bertempat di Makmal Komputer bermula dari pukul 8.00 pagi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang ke-3 telah dijalankan. Pengisian bagi LDP kali ini menjurus kepada pengurusan kewangan yang disampaikan oleh Agen Maybank Takaful. Banyak input baru yang diterima berkaitan perlindungan keselamatan dan pengurusan kewangan yang bijak bagi penjawat-penjawat awam seperti guru-guru di SKPD.



LDP kali ini turut menjemput penceramah daripada Yayasan Kemajuan Islam untuk menyampaikan ceramah berkaitan Integriti Kerja. Senario-senario pecah amanah dan gejala rasuah banyak ditonjolkan di dalam pengisian slot ini, sebagai tauladan kepada semua.

Tidak lupa juga, terima kasih kepada Cikgu Rushdah kerana sempat meluangkan sedikit masa untuk menjalankan perbincangan kelompok berkenaan isu Penilaian Berasaskan Sekolah yang dijalankan keatas murid-murid tahun satu hingga tiga. Segala silang pangkah yang dihadapi telah berjaya diselesaikan hasil perbincangan bersama.

Berikut, adalah petikan-petikan dari senario sepanjang LDP hari ini.

 

1 comment:

  1. Guru-guru dan warga SKPD digalakkan untuk meninggalkan komen.

    Cara meninggalkan komen :

    1. Taip komentar dan nama anda
    2. Pilih "Comment as" : Anonymous
    3. Taip semula kod pengenalan yang diberi
    4. Selesai.

    Bersama-sama kita memeriahkan blog sekolah SKPD

    ReplyDelete