3 May 2012

Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Matapelajaran : Kajian Tempatan
Topik                : Ketua Negara

Daulat Tuanku.
 


  1. Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia.Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah.
  2. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
  3. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah setiap 5 tahun sekali, dan giliran berdasarkan undian Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
  4. Terdapat 9 orang Sultan dan Raja Melayu yang akan bergilir-gilir menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
  5. Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan.
  6. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong.
  • Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain.
  • Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
  • Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

No comments:

Post a Comment