2 Jun 2012

Kerja Rumah Sains Tahun 4

 
Arahan : Salin semula soalan dan jawab semua soalan yang diberikan.

1.     Antara berikut, pergerakan dada yang manakah menunjukkan semasa manusia menarik nafas?
a.     Kehadapan
b.     Kebawah
c.      Keatas
d.     Kesisi



2.     Mengapa karbon dioksida disingkirkan daripada badan manusia?
a.     Kerana akan meningkatkan berat badan
b.     Kerana akan menyakiti badan manusia
c.      Kerana akan menghasilkan bau busuk
d.     Kerana akan mengurangkan berat badan


3.     Apakah haiwan yang membawa karung telur sebelum meninggalkannya dikawasan gelap?
a.     Ayam
b.     Ulat bulu
c.      Lipas
d.     Itik
 
4.     Apakah kepentingan lapisan tebal lemak kepada anjing laut?
a.     Mengekalkan kehangatan badan
b.     Menurunkan suhu badan
c.      Melindungi diri dari bahaya
d.     Mudah membiak

5.     Mengapakah daun pokok bertukar kekuningan selepas beberapa hari disapu dengan minyak gris?
a.     Ia mendapat oksigen yang mencukupi
b.     Ia tidak mendapat baja yang mencukupi
c.      Ia mendapat ruang yang mencukupi
d.     Ia tidak mendapat cahaya yang mencukupi

6.     Jika ketinggian pokok dan bilangan daun meningkat, ini menunjukkan proses?
a.     Pembesaran
b.     Pembantutan
c.      Kelayuan
d.     Pernafasan


 
Arahan : Salin semula soalan dan jawab semua soalan yang diberikan.
 
11. Namakan dua haiwan yang tinggal di kawasan iklim sejuk terlampau
a.     _______________
b.     _______________

22. Berikan dua ciri yang menjadikan dua haiwan yang anda nyatakan di (1) sesuai tinggal di iklim sejuk melampau
a.     _______________
b.     _______________

33. Nyatakan dua haiwan yang mempunyai cengkerang.
a.     _______________
b.     _______________

44. Nyatakan alasan mengapa cengkerang perlu bagi dua haiwan yang anda nyatakan di (3)
a.     _______________

12 comments:

  1. cikgu bagus cikgu bagilah kerja sekolah banyak-
    banyak . Daripada:FATIN NOOR UMAIRAH BT MAMAT

    ReplyDelete
  2. Ha'a. Saya kasi kerja banyak banyak sbb cuti awk semua pun banyak

    ReplyDelete
  3. lain kali bg kerja yang senang sikit cikgu

    ReplyDelete
  4. ini je ke??? cikit je...

    ReplyDelete
  5. urh..pandai sindir yer..x per, lain kali punya kerja sekolah, sy up lagi...sampai awk semua x leh nak komplain lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum cikgu. Terima kasih bagi kerja rumah yang banyak ni. Jadi , saya xlah leka main game aje.
      Daripada Alif Husaini.

      Delete
    2. Saya sangat setuju dengan cara cikgu membekalkan kerja rumah ini. Anak saya seronok semasa menyiapkan kerjanya. Semoga terus maju jaya. Daripada ibu Alif Husaini.

      Delete
  6. Cikgu, kita orang buat tapi susahnye.
    Daripada:NUR HANIS DAN NUR IFFAH

    ReplyDelete
  7. Hai cikgu.Cikgu banyaknyer kerja sekolah.

    ReplyDelete
  8. Pada anak-anak murid SKPD...Usaha Tangga Kejayaan...

    ReplyDelete
  9. bagus lh komen korang ny. komen pun bagus.banyak juge ckgu kasi.saya hrp sye dpt siapkn nye.

    ReplyDelete
  10. sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat susaaaaaaaaaaaaaaaaaaah.kata afham

    ReplyDelete