20 Jun 2012

Sukan Tara 2012

Assalamualaikum Warga SKPD yang disayangi...

Alhamdulillah, hari ini telah berjaya diselesaikan kesemua acara sukan tara yang bermula sejak semalam (20 Jun 2012). Antara acara-acara yang dijalankan adalah
1. 100 Meter Lelaki dan Perempuan
2. 200 Meter Lelaki dan Perempuan
3. Lompat tinggi Lelaki dan Perempuan tahun 5 dan 6
4. Lompat jauh Lelaki dan Perempuan
5. Lontar peluru Lelaki dan Perempuan.



Acara yang berlansung selama dua hari bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi melibatkan pertandingan mengumpul mata bagi setiap rumah sukan, bertujuan menentukan kedudukan rumah sukan di Hari Sukan Sekolah 2012 kelak. Setakat ini, rumah Hijau mendahului pungutan mata, senarai markah penuh Sukan Tara telah dipaparkan di papan kenyataan bilik guru.

Kemeriahan acara sukan tara amat jelas apabila menerima penglibatan menyeluruh dari warga SKPD. Sorakan dan galakkan dari murid-murid menggamatkan suasana, dan telatah guru-guru rumah sukan amat melucukan. Terima kasih kepada Cikgu Halim kerana menjadi tunjang utama dalam menjayakan sukan tara sepanjang dua hari ini.

Tidak lupa juga, ucapan selamat hari lahir ke-25 kepada Cikgu Aina. Terima kasih juga atas kek coklat yang sedap.

Cikgu Kamal Mengukur Jarak Minima Lompat Jauh Perempuan
Peserta Rumah Biru 10 Tahun Memulakan acara 200M.




Pelari Rumah Kuning Memecut
Lompatan Yang Kemas Dari Pelompat Rumah Merah
Keletihan. Pelari Rumah Biru Berusaha Menamatkan Larian


Selamat Hari Lahir Ke-12. Sedap Kek Coklat!


4 comments:

  1. Guru-guru dan warga SKPD digalakkan untuk meninggalkan komen.

    Cara meninggalkan komen :

    1. Taip komentar dan nama anda
    2. Pilih "Comment as" : Anonymous
    3. Taip semula kod pengenalan yang diberi
    4. Selesai.

    ReplyDelete
  2. ckg,,, baguslah rumah biru point die banyakkk drpd:durrah

    ReplyDelete
  3. tengok spe lagi tinggi.drpd afham

    ReplyDelete