21 Jun 2012

Sukan Tara II

Guru-guru rumah sukan sedang sibuk menyusun strategi menjelang Hari Sukan 2012 ini..Wah!...satu persaingan yang sengit memandangkan setiap murid hanya dibenarkan menyertai 3 acara perseorangan dan 2 pasukan. Pengisian mesyuarat Ko-Kurikulum jam 2 petang tadi juga menyebut beberapa perkara penting bagi persediaan sekolah menjelang hari besar ini. Dan yang pasti, Cuti Peristiwa pada 6 Julai 2012 selepas semua keluarga SKPD berhempas pulas menjayakan Hari Sukan.



Tentatif aktiviti Kejohanan Sukan tahunan SK Paya Dalam 2012 adalah seperti berikut.


1. 25 Jun          : Pendaftaran peserta oleh Ketua Rumah Sukan
                        : Pemilihan peserta tahun 3
2. 28 Jun          : Latihan Sukaneka Tahun I
3. 29 Jun          : Latihan Sukaneka Tahun II
4. 26 & 27 Jun : Acara Padang dan Balapan
                          - Lontar peluru
                          - Lompat jauh
                          - Lompat tinggi
                          - 80M berpagar
5. 4 Julai           : Raptai
6. 5 Julai           : Kejohanan Sukan tahunan SKPD Kali Ke-39










No comments:

Post a Comment