2 Jul 2012

7 Kejaiban Dunia.

Senarai 7 Keajaiban Dunia telah dikemaskini dan diumumkan kepada umum pada 7 Julai 2007 melalui undian yang diselia oleh sebuah organisasi iaitu  New7Wonders Foundation yang berpengkalan di Zurich, Switzerland.
Pertubuhan New7Wonders Foundation menyatakan bahawa lebih 100 juta undian diterima melalui Internet dan panggilan telefon dan dikatakan ia adalah undian yang terbesar pernah direkodkan. Berikut adalah 7 Kejaiban dunia yang mendapat undian tertinggi.





Keajaiban yang dimaksudkan bukan sebuah magis atau mistik tetapi ia berkaitan dengan kemajuan tamaddun purba dalam membina sebuah monumen yang mampu kekal hingga kini walaupun telah dimamah masa. 7 keajaiban dunia tersebut ialah :

1. Taj Mahal di Agra India. sebuah monumen yang menjadi lambang cinta Seorang Maharaja Mogul Islam bernama Shah Jehan kepada isterinya Mumtaz Mahal. Dibina pada 1632 oleh jurubina dan juruukir terhebat dari serata india.

2. Chicthen Itza di Yucatan, Mexico adalah hasil binaan ketamadunan Maya. Ia adalah sebuah peninggalan bandar purba masyarakat Maya yang hidup sekitar tahun 600–900 selepas masihi.

3. Colosseum di Rom, Itali adalah binaan terbesar semasa keagungan empayar Rom sekitar tahun 72 selepas masihi. ia digunakan sebagai lokasi pertempuran pahlawan-pahlawan mereka.

4. Tembok besar China dibina merentasi Timur hingga Selatan negara China. Pembinaannya bertujuan sebagai pertahanan daripada serangan tentera Monggolia dan Manchuria sekitar Dinasti Ming kurun ke 14.



5. Manchu Picchu di Peru dibina pada tahun 1450 semasa pemerintahan empayar Inca. Ia merupakan kawasan bandar purba masyarakat Inca.

 6. Petra, Jordan adalah binaan yang dibina pada zaman kerajaan Ma'an satu zaman dahulu. Ianya terkenal kerana seni ukiran batu yang masih kekal sehingga hari ini yang dibina dilereng Bukit Hor, sebuah lembah yang menghala ke laut mati. Ianya menjadi tapak warisan sejarah dunia UNESCO sejak 1985. Yang istimewa tentang tapak ini adalah hanya disedari dunia barat pada 1812 walaupun ia telah dibina pada kurun ke 6 sebelum masihi.



7. Christ the redeemer, Rio de Janeiro, di Brazil adalah tugu Isa yang ke-5 terbesar di dunia. Setinggi 39.6 meter terletak dipuncak bukit Corcovado. Ianya adalah simbol agama rasmi bagi Brazil dan dibina pada tahun 1922 sehingga 1931




nota : Senarai ini hanya sebagai pengetahuan am. tidak sesuai dibahaskan kerana undian dilakukan diserata dunia tanpa standard piawai yang sah.

No comments:

Post a Comment