21 Sep 2012

Lawatan Ke Langkawi Oleh Warga SKPD

Assalamualaikum Warga SKPD.

Syukur alhamdulillah, atas perancangan yang teliti dari Kelab Guru Dan Staff SKPD, keluarga besar ini telah berjaya menjalankan lawatan ke Pulau Langkawi dan Padang Besar Perlis pada 14-17 September lepas. Percutian selama 4 hari tersebut diisi dengan lawatan ke beberapa lokasi sejarah dan tarikan pelancong seperti :
- KILIM Geoforest Park
- Kota MAHSURI
- Kilang pemprosesan gamat
- Kereta Kabel Langkawi
- Dataran Helang Pekan Kuah.

Secara amnya, lawatan ini berjaya menguatkan keakraban antara warga SKPD disamping membuka ruang kepada warganya berehat sebentar daripada bebanan kerja. Sepanjang 2 malam di Pekan Kuah, lawatan menghala ke Padang Besar Perlis bagi membeli sedikit cenderamata buat sanak saudara. Walaupun keletihan, alhamdulillah, perjalanan kami lancar sehingga selamat sampai di Melaka pada pukul 3 pagi 18 September bagi menyambung tugas di sekolah seperti biasa.





Kak Mahani dan Kak Nani sebelum naik feri Kuala Perlis

Cikgu Hazamimah mencuci mata di kedai pinggan

Ustazah Khairiah melawat KILIM Geoforest

Keluarga Ustaz Izzaharudin di Kedai Gamat

Sebahagian warga SKPD di Kota Mahsuri

Rakan guru menunggu giliran di Kereta Kabel Langkawi

Dataran Helang Pekan Kuah

Keberangkatan pulang, di Jeti Kuah Langkawi

3 comments:

  1. bestlah,saya belum lagi pergi.hehehe...dari nurul nasuha binti mohd shah,5 melur

    ReplyDelete
  2. patutlah cikgu ramai yang tak ada rupanya pergi melancong....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete