4 Sep 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan SKPD


Assalamualaikum Warga SKPD.

Terlebih dahulu, penulis merakamkan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua warga SKPD yang beragama islam, semoga lebaran ini akan lebih bermakna dan dicucuri rahmat kepada kita.
         Pada tahun 2012, seluruh warga Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 sejak ia diumumkan pada 31 Ogos 1957. Laungan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali itu telah diketuai oleh Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj di Stadium Merdeka di hadapan DYMM yang di-pertuan agong, sultan-sultan Tanah Melayu, Persuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivray, tetamu kehormat dan rakyat jelata. Laungan tersebut diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu dan laungan azan sebagai simbolik Agama Islam sebagai agama rasmi negara.


         Warga SKPD pada 29 Ogos lalu turut tidak ketinggalan dalam meraikan kemeriahan sambutan kemerdekaan kali ke 55. Antara acara-acara yang telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan adalah kuiz, pertandingan mewarna, koir dan keceriaan merdeka. Syukur alhamdulillah, warga SKPD berjaya melibatkan diri dengan aktif dalam setiap acara yang dipertandingkan sebagai tanda sokongan dan kecintaan kepada negara yang bertuah ini.
         Sebagai warga negara di bumi bertuah ini, wajib kita mengekalkan kemerdekaan yang dinikmati ini dengan sifat nasiolisme serta mengisi erti kemerdekaan melalui menjadi warganegara yang berwawasan. Dengan ini, Malaysia mempu memiliki warganegara yang merdeka fizikal dan mental dalam menuju sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.



 Para juri pertandingan koir.


 Peserta pertandingan koir menunggu giliran


 Murid 4 Mawar menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos

 Kelas 5 Mawar menyampaikan sajak kemerdekaan.

9 comments:

  1. cikgu 4 mawar bukan nyanyi lagu tanggal 31 lah

    4 mawar nyanyi lagu keranamu malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. daripada : NUR HANIS

      Delete
  2. apeleee hanis niii

    cikgu iswan bukannye nak dengar betul betul

    hihihihihihihihihihi

    drpd:durrahsofiyyah binti noraihan







    annye nak dengar betul betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cis...kata saya plak..saya dah tua, mana igt sangat...yang pasti ada budak sorang pakai baju bendera malaysia malu-malu kucing

      Delete
  3. gambar yg ke 2 tu sapeee tuuu

    ni lagi satu asal cikgu iswan tolak pintu bilik spbt tuuuu ahhhh drpd:DURRAH SOFIYYAH BINTI NORAIHAN

    ReplyDelete
  4. nis, cikgu iswan bukannye nak tengok betul betul

    hiihihihihihihihihihihihihihihi

    ReplyDelete
  5. Budak 4 Mawar mmg gajin merapu! hahaha

    ReplyDelete
  6. what ever ade aku kisahhh keee x kenallah budak pakai baju bendera tuuu kenape cakap malu malu kucing ahh kucing x malu kucing ganas macam durrah

    drpd:rahsie

    ReplyDelete
  7. elleh,ckp what ever konon.macam pandai sangat ckp inggeris. sebenarnya, cikgu iswan suka mawar addhuha. masa nak sukan, mawar kena ckp kuat 2.(hensem 3 ).baru 5melor keluar kat padang......

    drpd: Nurin Izzaty BT Ramli..... 5 melor

    ReplyDelete