22 Sep 2012

Penutupan Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum Warga SKPD...

Tamat sudah bulan kemerdekaan ke-55 pada hari ini. Banyak sungguh aktiviti yang telah berjaya dijalankan sepanjang tempoh sambutan bulan kemerdekaan ini seperti pertandingan koir, mewarna poster kemerdekaan, Pertandingan sajak dan macam-macam lagi dalam memeriahkan sambutan. Harapan warga pendidikan SKPD agar anak didik kami mempunyai jati diri dan sifat patriotisme terhadap bumi bertuah ini. Tanpa kecintaan kepada negara, kemerdekaan ini tiada maknanya malah kita mempersiakan perjuangan datuk nenek yang bersusah payah mengusahakan kemerdekaan negara.



Mengimbau kembali saat kemerdekaan 55 tahun lalu, ia adalah satu saat bermakna apabila bendera Union Jack diturunkan dan diganti dengan bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu yang dicipta oleh seorang anak Johor bernama Mohamed Hamzah. Beliau adalah seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Johor. Ia dicipta pada tahun 1947 melalui satu pertandingan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Negara Sir Alec Newboult.

Semasa berlakunya penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura, berlaku sedikit perubahan kecil keatas bendera tersebut agar ia sesuai dengan pembentukan Malaysia pada 1963. Kini, bendera tersebut dikenali sebagai 'Jalur Gemilang' dan diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika sambutan ke 40 kemerdekaan Malaysia (1997)

Pencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Kembali kepada majlis penutupan bulan kemerdekaan pada hari ini, majlis diserikan dengan beberapa persembahan sajak, penyampaian hadiah pertandingan dan nyanyian lagi patriotik. Istimewanya, 3 lagu patriotik telah disampaikan oleh Juara Bintang Klasik Nasional 2010, Shaidatul Nadira yang menjalani sesi praktikum sepanjang 2 bulan lepas. Sekalung terima kasih kepada beliau.
Cikgu Shaidatul dengan lagu Bahtera Merdeka.
Semoga, dengan berakhirnya sambutan kemerdekaan untuk tahun ini, semangat kecintaan kita kepada negara yang bertuah ini adalah semakin menebal. Isilah kemerdekaan hari ini dengan penuh makna agar kita mampu berdaya saing dengan negara maju menjelang Wawasan 2020 kelak. amin.

GPK Ko-Kurikulum menyampaikan hadiah kepada pemenang
Senyuman dan hadiah galakan kepada murid agar mengekalkan penglibatan aktif dalam aktiviti yang dipertandingkan

Walaupun dibawah cahaya matahari yang terik, tapi semangat patriotisme mereka tidak luntur.
Barisan pentadbir dan guru yang menjayakan aktiviti bulan kemerdekaan 2012.
Nyanyian lagi patriotisme sebagai tanda penutupan bulan kemerdekaan ke 55.

2 comments:

  1. saye tahu kenapa cikgu masukkan gambar anisah atan jeee sebab cikgu suke die kannnn!!!!!

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau sekolah kat paya dalam.saya suka...

    ReplyDelete