13 Oct 2012

Kajian Lapangan Kuala Lumpur

Salam Warga SKPD...

Urh! agak penat sebenarnya dengan lawatan ke Kuala Lumpur pada 04 oktober lepas. Sebenarnya, ia satu pengalaman baru kepada 40 orang pelajar tahun 4 Mawar dan Melur dalam mengenali kemajuan sains di Malaysia. Seperti yang dijangka, banyak pendedahan baru yang berfaedah kepada perkembangan pembelajaran diperolehi hasil daripada lawatan ini.



 
Seawal jam 7, rombongan yang ditemani oleh 4 orang guru pembimbing (Cikgu Iswan, Cikgu Kamal, Cikgu Nida dan Cikgu Norisah) menuju ke KLCC, Kuala Lumpur dimana lokasi pertama yang akan dilawati ialah Petrosains di Aras 4, KLCC. Para murid menaiki gondola Petrosains seawal 10.30 pagi bagi memulakan pengembaraan sains mereka. Di Petrosains, mereka berpeluang melihat dengan dekat bagaimana pembangunan teknologi Petroleum negara serta kepentingan galian tersebut kepada kehidupan manusia sejagat. Oleh kerana, rombongan ini langkah kanan, kami berpeluang mengikuti kelas penyediaan pelembab bibir yang diselia oleh 3 orang kakitangan Petrosains.
Murid dikawasan sejarah petroleum.
Penghasilan pelembab bibir

Murid dibimbing dalam menghasilkan pelembab bibir buatan sendiri.
 Lawatan di Petrosains selesai kira-kira jam 12.00 diikuti lokasi lawatan ke-2 iaitu Jambatan udara KLCC. Disana, murid-murid diberi taklimat pembinaan KLCC dan teknologi yang berkaitan. Setelah kira-kira 15 minit taklimat tersebut, kami dibawa melawat jambatan udara di tingkat 43 selama 15 minit. Nyata, mereka sangat bergembira sepanjang di dek tersebut.
Melawat Jambatan Udara KLCC
Gambar kenangan di Jambatan Udara KLCC
Taklimat berkaitan pembinaan KLCC
Sejurus selepas itu, rombongan bergerak ke tingkat yang lebih tinggi di KLCC iaitu aras 86 untuk meninjau kawasan sekitar Kuala Lumpur. Sangat menakjubkan apabila kawasan tersebut dibekalkan dengan beberapa pusat informasi dan binokular untuk kegunaan pelawat.
Informasi yang dipaparkan dengan hanya menunjukkan tiket kepada monitor.
Ruang legar di tingkat 86, nyata memberi kegembiraan kepada murid-murid
Pada jam 2, iaitu selepas murid-murid selesai makan tengah hari, mereka diberi peluang menaiki Putra LRT melalui stesen KLCC menuju ke KL Sentral. Perjalanan tersebut menjadi meriah dengan suara murid-murid melahirkan rasa takjub mereka.
Murid berbual sakan tentang keseronokan mereka.
Murid di KL Sentral
Kira-kira jam 3.30 petang, rombongan menuju ke Pusat Sains Negara bagi meninjau konsep asas sains yang dipamerkan disitu. Di PSN, banyak input berjaya direkod oleh ahli rombongan lebih-lebih lagi tentang kepentingan Daya Gerakan, Mesin Ringkas serta Tenaga. Ini selaras dengan keperluan pembelajaran Sains mereka di sekolah.
Memahami tenaga solar
Applikasi tenaga elektrik melalui litar ringkas
Applikasi tenaga bunyi berkaitan dengan dengungan
Dan, lokasi terakhir yang menjadi sasaran kami di Kuala Lumpur adalah Tugu Negara. Ini penting kepada pembelajaran murid dalam menghargai kemerdekaan yang merea kecapi pada hari ini. Diharap, dengan pendedahan sebegini, mereka mampu menjadi warganegara yang bertanggungjawab mengisi erti kemerdekaan negara kelak.
Dihadapan Tugu Negara.
Murid memerhati kawasan tugu peringatan peperangan
Dalam perjalanan pulang, bas rombongan telah singgah untuk solat mahrib dan pengurusan diri murid di Masjid Putra, Putrajaya, sehingga pukul 7.30 malam dan meneruskan perjalanan pulang ke SK Paya Dalam pada jam 10.30 malam. Rata-rata, mereka keletihan kerana jadual perjalanan yang sangat padat. Namun, banyak faedah yang telah diperolehi oleh mereka sepanjang 1 hari lawatan ini. Semoga, segala ilmu yang diperolehi dari lawatan ini, mampu digunakan mereka sebagai asas meminati bidang sains dan teknologi. Insyaallah. Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang bersusah payah meluangkan masa menemani anak didik mereka sepanjang 1 hari ini. Jasa kalian hanya Allah sahaja mampu membalasnya.

Wassalam.

5 comments:

  1. cikgu,terima kasih kerana membawa saya pergi ke KL
    heri khamis 4 oktober


    TERIMA KASIH CIKGU
    DARIPADA:NUR HANIS

    ReplyDelete
  2. Cikgu terima kasih kerana membawa saya pergi ke KL
    DARIPADA:NUR HANIS

    ReplyDelete
  3. saya sayang cikgu iswan

    daripada anisa atan

    ReplyDelete
  4. terima kasih cikgu iswan

    ReplyDelete
  5. DARIPADA:FATIN NOOR UMAIRAH

    ReplyDelete