12 Apr 2013

Sekitar Perkhemahan Unit Beruniform 2013

Pada 6 hingga 7 April lepas, Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Paya Dalam telah berjaya menganjurkan Program Perkhemahan Unit Beruniform.


Kegembiraan murid sepanjang melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan amat jelas kelihatan apabila mereka aktif melibatkan diri dalam acara yang dianjurkan. Antara acara yang berjaya dijalankan dalam perkhemahan 2 hari 1 malam ini ialah :
  1. Memasak
  2. Kawad statik
  3. Malam kebudayaan
  4. Night Walk
  5. Flying Fox
Terima kasih kepada guru-guru yang bersama-sama mendukung tugas dalam menjayakan aktiviti tahunan ini, terutama kepada Kem Komandan, Cikgu Halim dan Cikgu Anas yang banyak bekorban masa dan tenaga dalam memastikan perjalanan dan keselamatan murid terjamin. 

Pengalaman yang diperolehi murid-murid melalui aktiviti ini pasti menjadi satu kenangan yang manis buat mereka.

Disertakan beberapa gambar hasil dari aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini :
(Maaf atas kualiti gambar yang rendah)













1 comment: