16 May 2013

Hari Guru 2013

Dengan bertemakan  : "Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda", sambutan hari guru peringkat sekolah tahun 2013 amat meriah diraikan oleh semua warga sekolah SK Paya Dalam.

Hari indah ini telah dimulakan dengan ucapan selamat hari guru dari semua warga sekolah kepada kumpulan pendidik, yang tidak dinafikan sumbangan besar mereka kepada pembangunan pendidikan di sekolah ini. Ucapan aluan daripada YDP PIBG sekolah, turut meningkatkan semangat guru untuk mengajar dalam meningkatkan pretasi murid tempatan khasnya. Ungkapan Puisi turut disampaikan kepada guru :

 
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca


Beberapa cenderahati sumbangan PIBG dan Kelab Staff turut disampaikan kepada warga pendidik sebagai tanda penghargaan pengorbanan guru.

Dalam menambah kemeriahan sambutan, 3 acara sukaneka dianjurkan. Ia adalah, permainan Gelung getah, Lari berchop stick dan Laga belon.

Majlis sambutan hari guru ditamatkan pada pukul 12.35 tengahhari dengan beberapa persembahan murid di dewan sekolah. Malah, satu aktiviti permainan bowling dianjurkan Kelab Staff SKPD bertempat di Pusat Bowling MITC, Ayer Keroh pada jam 3.00 petang sebagai satu aktiviti rekreasi dikalangan warga sekolah.


 
Suasana ceria di padang semasa sukaneka guru.



Pusat Bowling MITC, Melaka.





Semoga ukhwah antara pendidik dan masyarakat terjalin kuat. Amin. Selamat Hari Guru.

No comments:

Post a Comment