6 Sep 2015

Program Maybank

SK Paya Dalam amat bertuah kerana program UPSR bagi tahun 2015 telah mendapat tajaan dan sokongan daripada Maybank. Sejumlah wang tajaan telah disumbangkan kepada sekolah bagi memastikan kecemerlangan akademik 2015 yang hampir berjumlah RM 15k meliputi Program Motivasi, Klinik Teknik Menjawab, Bahan bacaan, Tusyen dan pelbagai lagi bentuk bantuan.

Pada hari sabtu lepas (5 September 2015) adalah kemuncak program yang dijalankan dimana Staf Pengurusan Maybank telah turun padang bagi program pengindahan kawasan sekolah dengan lebih kurang 60 batang pokok di tanam di sekitar sekolah disamping menganjurkan Program Motivasi Keibubapaan sebagai sentuhan akhir kepada pecutan UPSR yang bakal dihadapi pada 8 September 2015 (Selasa ini).

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Maybank kerana melalui usaha sama ini, banyak program kecemerlangan sekolah dapat direalisasi disamping meringankan beban kewangan ibu bapa bagi mendapatkan pendidikan tambahan kepada anak mereka.



Kami yakin, pada tahun 2015 melalui program- program yang telah disalurkan oleh Maybank, keupayaan anak didik kami bagi mencapai kecemerlangan UPSR adalah lebih cerah. Moga kerjasama ini dapat dikekalkan pada masa mendatang bagi melahirkan modal insan yang mapan. Insyaallah. Kerjasama ini adalah satu kenangan bagi kami dan tidak mampu diungkapkan ucapan terima kasih kami kepada pihak Maybank atas jasa yang amat besar ini. Moga Allah merahmati usaha Maybank.














No comments:

Post a Comment