6 Sep 2015

Selamat Berpindah Cikgu Bahrin

Sekolah kita kehilangan seorang guru yang berdedikasi disamping telah berkhidmat mencurah bakti kepada anak didik di Paya Dalam selama +- 20 tahun. Sebak melepaskan sebiji mutiara yang berharga ini. Cikgu Bahrin adalah seorang yang amat rajin dan cemerlang dalam perkhidmatan beliau. Sudah tentu murid 6 Mawar amat terasa kehilangan Guru Kelas mereka kerana atas usaha beliau, 6 Mawar banyak merangkul hadiah 3M hampir setiap bulan.

Beliau akan berpindah ke SK Seri Bandar mulai 08 September 2015. Walaupun telah mendapat surat perpidahan lebih awal, namun demi sokongan kepada anak didiknya yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, beliau telah memohon penangguhan sementara ke SK seri bandar.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas segala khidmat dan bakti, sudah tentu kami akan terkenang nyanyian pengakap yang selalu cikgu baharin lagukan di malam perkhemahan setiap tahun.

Cikgu Bahrin (Baris hadapan, kedua dari kanan)

No comments:

Post a Comment