1 Feb 2016

PERLANTIKAN PENGAWAS 2016

Assalamualaikum.

Tahniah kepada barisan pemimpin muda SK Paya Dalam bagi sesi 2016 yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Pengawas SPBT, PRS dan Ketua Darjah. 


Majlis pentauliahan ini disempurnakan oleh Pengarah Muzium Penjara Malaysia iaitu Puan Noratimah Binti Abu Bakar dengan diiringi Guru Besar SK Paya Dalam, Encik Mohd Rais Bin Salwi.


Ketua Pengawas bagi sesi 2016 adalah Adik Muhammad Afiq Danial Bin Mohd Anuar dan Penolong Ketua Pengawas ialah Nur Khairini Binti Adnan. 


Ketua Pengawas Perpustakaan pula adalah Adik Nur Shazliyina Binti Mohd Nazri dan Penolongnya Nur Ameera Binti Hazman.


Semoga barisan kepimpinan muda ini bakal menjadikan pengurusan murid lebih berkarisma sebagai modal insan generasi baru. Insyaallah.






















Tahniah kepada guru-guru pengawas yang bertungkus lumus dalam menguruskan majlis perlantikan ini khususnya kepada Cikgu Rizal Elas, Cikgu Irene, Cikgu Norita dan Cikgu Suriati. Pengorbanan kalian dalam mendidik pemimpin muda ini diharap mampu memankin kepada pembentukan anak bangsa yang lebih mampan.


No comments:

Post a Comment