17 Aug 2016

Majlis Restu Dan Ceramah Motivasi Ke ibu-bapaan

Pada 12 Ogos 2016, Unit Kecemerlangan Tahun 6 telah menjalankan aktiviti Majlis Restu dan Ceramah Motivasi Ke ibu-bapaan yang mana ceramah disampaikan oleh Encik Rohizal Kasim dari In Person Training and Consultancy. Sasaran program ini adalah dengan harapan mengasah kepekaan ibu bapa dalam perkembangan pembelajaran anak anak mereka menjelang peperiksaan UPSR yang semakin hampir sekitar 2-3 minggu lagi. Ceramah yang mengambil masa sekitar sejam setengah ini dilihat meninggalkan impak yang positif apabila kehadiran daripada ibu bapa adalah hampir 95% serta penglibatan mereka 100% sepanjang proses ceramah ini.

Kandungan ceramah yang menyentuh hubungan kasih sayang ibu bapa dan anak serta kepentingan ransangan positif kepada pembinaan jiwa serta sahsiah anak anak menampakkan minat kepada peserta untuk bersama sama dalam membentuk generasi bangsa yang lebih murni. Antara tumpuan lain dalam program ini adalah penitian kepada hasil dapatan Percubaan UPSR tempoh hari dan menandatangani slip peperiksaan. Alhamdulillah syukur kepada Allah, program ini menampakkan kesungguhan para ibu bapa dalam hal ehwal anak-anak mereka di sekolah.

Dipenghujung program, Guru Penolong Kanan HEM menerangkan tentang penepatan tingkatan 1 kepada hadirin. Melalui slot ini, penekanan kepada sekolah penempatan sementara dan pengisian borang borang sekolah asrama penuh dan MRSM dijelaskan secara terperinci. Diharap, proses penempatan murid bagi tahun ini adalah lancar dengan kerjasama yang bagus daripada ibu bapa.




















No comments:

Post a Comment