20 Jan 2017

Majlis Jalinan Kasih 2017

20 Januari 2017, sekolah menganjurkan Majlis Jalinan Kasih Seiring Langkah Memburu Impian bagi murid murid tahun 6. Seperti kebiasaannya, program ini mensasarkan penglibatan ibu bapa tahun 6 dalam merangka pelan kecemerlangan anak anak mereka menjelang peperiksaan UPSR pada september ini. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar dan disokong penuh dari barisan Jawatankuasa PIBG SK PAYA DALAM.


Alhamdulilah, penglibatan dari ibu bapa amat menggalakkan, mereka bersama dalam memberi pandangan dan menerima cadangan Program kecemerlangan sekolah.

Melalui perjumpaan ini, perkara perkara yang berjaya dipersetujui adalah :

1. Program motivasi

2. Kelas tambahan selepas waktu sekolah

3. Ceramah teknik menjawab UPSR dari guru pakar.

4. Majlis soalan hajat dan bacaan yassin.





Kehadiran Ibu Bapa

Kata Aluan Dari Guru Besar

Sokongan Ibu Bapa Kepada Sekolah Amat Dihargai

Barisan Pentadbir Sekolah Yang Gigih Berusaha Dalam Meningkatkan Kecemerlangan SKPD

Ucapan Aluan Guru Besar Amat Bermakna Kepada Ibu Bapa

Pembentangan Program UPSR daripada Cikgu Zulcafli
Persetujuan Ibu Bapa Dalam Program Yang Dirancang Sekolah
Majlis Tanda Tangan Perjanjian Kecemerlangan

Persediaan Bacaan Ikrar Kecemerlangan UPSR

Bacaan Ikrar Yang Diketuai Oleh Adik Syed.

Sokongan Moral Daripada Ibu Bapa

Semoga Berjaya Kalian Hendaknya

Restu Ibu Membawa Ke Syurga.

Majlis tamat pada pukul 11 Pagi dengan diiringi doa kepada calon calon UPSR semoga mereka mencatatkan kecemerlangan yang membanggakan ibu bapa dan sekolah. Moga Allah memberkati usaha kita bersama. Insyaallah | Amin.

No comments:

Post a Comment